BABAH
tak sangka plak ak,mimpi aku menjadi kenyataan.hmmm,nak tau apa yang aku mimpikan??
babah ye babah aku yang dah lama tinggalkan aku dan family aku.macam tak logik pon ada,ye la mana taknye,aku sendiri tak pernah terbayang bahawa babah aku akan balik setelah lama menghilangkan diri.mungkin berkat bulan ramadhan sama kot?
entahla,aku sendiri tataula..selepas aku cerita mimpi aku pada seluruh keluarga aku,diaorg sume cakap aku gila,tak de benda len ke nak mimpi??
yela,sebab sebelom nih aku dan family dah anggap yang babah kitaorg dah takde lagi..rupanya,mimpi aku betul jadi kenyataan apabila kami mendapat surat dari kuching,sarawak.aku hanya tau dari mulut family aku yang babah memang ada kat sarawak,tapi tataula masih hidup lagi ataupon tidak..
berbalik kepada surat yang diterima,yer memang itu surat yang dikirim oleh babah aku,syukur alhamdulilah kerana babah masih ingat kami disini.walaupon aku,tak pernah kenal wajah babah,aku bersyukur sebab babah masih ingat kepada aku,bayi yang ditinggalkan dibawah jagaan mak,25thn dahulu..
